Sinar di kala hujan

10 Julai 2009

Julung-julung kali blog Setiawangsa Optometrist menyiarkan sesuatu yang di luar topik. Tapi kali ini, sememangnya adalah luar dari topik! Walau bagaimanapun, ia sekadar untuk memeriahkan lagi blog ini 😉

Baru sahaja tadi, skuad sinar dari radio sinar.fm (yeke?saya tak dengar radio :D) singgah untuk memberikan “freebies” di luar Setiawangsa Optometrist besempena promosi barangan Gamat Healing. Untuk makluman, Gamat Healing adalah jiran kepada Setiawangsa Optometrist. bunyinya seperti klishe kan? Kami adalah “kejiranan kesihatan”..cewah…

Seperti biasa, “freebies” adalah berupa minuman tenaga Black Fury ,sampel sabun Antabax , sampel susu Nespray, roti Choco Raisin dari Gardenia,  majalah LIBUR, CD lagu, baju sinar.fm dan tiket wayang Harry Potter! Tapi apa kan daya, mereka nak duit 5sen..baru dapat “season pass” ke Harry Potter.

Jom makan roti Gardenia cicah air Black Fury :p