Kecederaan mata dalam sukan

16 Ogos 2009

Sepertimana yang kita arif, mata adalah antara deria yang sensitif dan ia mudah terdedah kepada kecederaan. Di hospital, ia adalah antara kecederaan biasa yang boleh dilihat di bahagian kecemasan. Banyak boleh menjadi penyebab kepada kecederaan mata, diantaranya ialah kemalangan jalanraya, terjatuh, pergaduhan, bendasing dan diantaranya ialah sukan itu sendiri. Kecederaan mata yang disebabkan tumbukan, terkena bola termasuk bola tenis dan bulu tangkis adalah dalam kategori kecederaan mata jenis tertutup.

Hyphaema
Hyphaema

Tahukah anda di Malaysia sahaja, sukan badminton adalah penyumbang kepada 2/3 untuk kesemua kecederaan mata iaitu sebanyak 66.7%. Mengikut survey, diantara 53% hingga 56% daripada kecederaan mata tersebut mengarah kepada hyphaema (iaitu di amana kondisi mata mengalami pendarahan).

Tahukah anda bulu tangkis boleh bergerak sepantas 225 km/j!!

Bagaimana cara untuk menghindari kecederaan mata ini? Dengan penggunaan perlindungan mata yang berkesan, dianggarkan sebanyak 90% kecederaan mata boleh di halang. Oleh kerana ini, American Academy of Opthamology menyokong penggunaan perlindungan mata untuk atelit muda secara mandatori.

Pengurusan pencegahan mestilah diusahakan secara tegas jika ianya berlaku. Jika dilihat masa ini, gaya hidup aktif amatlah dipraktikan oleh hampir keseluruh masyarakat di Malaysia. Yang paling dirisaukan ialah kepada kanak-kanak (walaupun orang dewasa terdedah juga kepada kecederaan ini) kerana sukan di kalangan anak-anak amat kompetetif. Ada yang bermain bola sepak, futsal, tenis, badminton dan Tae Kwan Do di sekolah atau ianya sebagai hobi mengisi masa lapang. Sebagai ibu bapa, sepatutnya meningkatkan tahap keselamatan terhadap mata. Yalah, setiap aktiviti itu seronok sehinggalah seseorang itu “kehilangan mata”. Kita tidak mahu situasi sebegini berlaku.

Kebanyakan lensa dalam arena sukan, “eyeware” atau kaca mata (tidak kira yang ber”power” atau kaca hitam) ianya diperbuat dari material polycarbonate, iaitu material yang hampir tidak boleh pecah. Pengunaan polycarbonate in iboleh dilihat di rumah kita iaitu botol susu bayi dan ianya juga adalah material yang sama digunakan oleh tingkap kapal terbang!

Oleh kerana polycarbonate ini juga adalah bersifat “impact-resistant” atau tahan lasak, ianya amat sesuai untuk digunakan untuk melindungi mata dari “objek bergerak pantas”.

Di Setiawangsa Optometrist, kami selalu mengesyorkan pelanggan kami yang ingin menggunakan frame “rimless” dan yang aktif dalam sukan untuk menggunakan lensa bermaterial polycarbonate. Ini bukan iklan atau ayat membodek sesiapa, tetapi ianya adalah “proven” atau terbukti berkesan dan dalam kategori “tahan lasak”.Lensa daro Essilor mempunyai jenama polycarbonate mereka sendiri, iaitu Airwear. Lensa polycarbonate dari essilor memberikan penghalang ultraviolet (UV) dan “scratch-resistant” atau tahan calar. Ia bukan tidak calar langsung, tetapi ianya agak “tahan lasak” berbanding jenama lain.

Disini saya sertakan satu video (kalau tak boleh tengok, saya edit esok lusa, busy! Hehehe…tak pun klick lagi disini) mengenai perbezaan material acrylic dengan polycarbonate, tetapi ianya adalah dari winsheild motosikal. Part yang paling best ialah pada apabila tester menembak menggunakan pump gun ke arah visor! Visor motosikal juga menggunakan material polycarbonate untuk menghindar penunggang dari tercedera di bahagian muka ketika jatuh. Patutlah satu helmet full face boleh cecah RM4,000.00!!!

Erm..kalau ada sesiapa yang ada hobi menunggang motosikal berkuasa besar macam superbike atau easy rider..kami “reccomend” yang ini 😉 dan lensa Airwear dari Essilor.

Datanglah ke Setiawangsa Optometrist untuk kami tunjuk live kaca mata yang kami pakai, kami baling di lantai (lensa jatuh pada bahagian vertikal!) dan kalau ada lebih lensa belum potong, kami akan ketuk juga dengan hammer atau mertun! 😉