Cermin mata Essilor® Transitions®

9 Julai 2009

Ramai yang bertanya kepada kami tentang lens Essilor® Transitions® semenjak NTV7 mengiklankannya pada slot siaran prima mereka. Di Setiawangsa Optometrist, kami semangnya menyarankan anda untuk memilih Essilor® Transitions® untuk perlindungan tambahan. Maklumlah, musim-musim panas sekarang ni. Boleh dikatakan setiap hari, cuaca di luar boleh menjangkau sehingga 40 darjah celsius! Bayangkan setinggi mana sinaran UV yang dilepaskan pada waktu itu? Orang putih kata “its deadly” atau boleh membawa maut…saya hanya bergurau saja 😉 Makna saya disini, sinaran UV pada waktu kepanasan terlampau boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada mata.

Kepada anda yang banyak menghabiskan masa di luar terutamanya site engineer atau kontraktor mahupun cikgu sekolah (cikgu sekolah pun kena jemur bawah matahari tau!) kondisi cuaca terlampau ini boleh mengakibatkan sakit kepala atau lain-lain kerana dek teriknya panas. Ini menjadi masalah kepada orang yang rabun, kerana separuh hatinya ingin memakai sunglass, tapi separuh lagi malas pula nak membeli contact lens kerana tak biasa. Atau malas hendak bertukar-tukar kaca mata biasa dan kaca mata tinted yang sedia ada. Sememangnya inilah yang seringkali pelanggan kami hadapi.

Alhamdulillah…sepanjang kami berada di Setiawangsa, ramai pelanggan kami yang datang semata-mata “melabur” untuk mendapatkan Essilor® Transitions® dari kami. Jangan teperanjat, jika saya katakan ada beberapa ibu bapa yang tanpa berdolak dalih membelikan anak-anak mereka lens Essilor® Transitions®. Kenapa saya gunakan perkataan “melabur” disini. Ia kerana dari segi pandangan pertama, harga lens Essilor® Transitions® adalah boleh dikatakan amat mahal dari yang biasa. Namun, jika dibandingkan dengan kesihatan diri dan perlindungan mata, ia adalah “pelaburan” untuk penjagaan mata. Ingatkah anda bahawa deria yang paling sensitif adalah sentuhan (kulit) dan mata juga sensitif dan mudah terdedah kepada bahaya, iaitu UV.

Untuk pengetahuan semua pembaca, saya adalah pengguna setia Essilor® Transitions® sejak dari enam tahun yang lepas. Generasi yang saya gunakan adalah dari generasi yang ke lima atau dikenali sebagai Essilor® Transitions® V. Sekarang, Essilor telah mengeluarkan Essilor® Transitions® VI dengan mutu yang lebih tinggi dan hasil kerja yang lebih halus. Dalam sepanjang enam tahun ini juga, mata saya dilindungi 100% dari panahan UV kejam!!! :p

Apa sebenarnya keistimewaan Essilor® Transitions® ini? Disini saya ingin berkongsi maklumat kepada anda tentang kelebihan pada lens Essilor® Transitions® ini. Ia adalah dari jenis lens photochromic. Dalam bahasa mudah, lens photochromic adalah lens yang sensitif kepada UV dan ia akan bertukar kepada gelap (bukan hitam ya 😉 ).  Biasanya jika ia dari Essilor, material lens tersebut adalah dari jenis plastik atau plastik polycarbonate. Apa itu polycarbonate? Dalam bahasa mudah (buat kali kedua), ia adalah dari jenis plastik yang tahan lasak. Jika terpijak atau terjatuh, ia tidak akan pecah. Material polycarbonate ini biasanya dibuat untuk membuat botol susu bayi (cubalah pijak?pecah tak?) dan paling mengagumkan, ia adalah material yang sama untuk membuat tingkap kapal terbang!

Kelebihan Essilor® Transitions® lain yang memudahkan hari-hari anda:

  • mudah dan cepat mengadaptasi dengan perubahan cahaya.
  • lens kelihatan seperti lens-lens biasa ketika dalam bangunan atau waktu malam.
  • lebih selesa berkeadaan gelap apabila di luar atau pada cahaya terang.
  • mengurangkan “glare’ atau silau dengan lapisan anti-reflective Crizal® untuk penglihatan selesa dan keletihan mata (“eye fatigue”).

Seperti yang saya katakan tadi, pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan mata kita rosak dan boleh menjadikan “penyakit” yang biasa kepada mata seperti katarak mata dan macular degeneration. Dengan Essilor® Transitions®, ia menghalang sinaran UV kepada mata seperti krim sun block kepada kulit anda. Ia juga adalah lens yang menghalang 100% sinaran UVA dan UVB!

Kenapa Essilor® Transitions® amat sesuai kepada kanak-kanak? Ini  kerana mata mereka sedang “membesar” bersama diri mereka. Jadi, risiko terdedah kepada malapetaka matahari ini (cewah, bahasa) adalah tiga kali ganda dari orang dewasa!

Marilah ke Setiawangsa Optometrist untuk melihat, menyentuh dan menyaksikan sendiri demo dari kami 😉

Salam mesra,

Norhalijah Ismail.

Bacaan berkaitan: Lindungi mata anda


Kenapa penglihatan saya kabur dan double vison?

2 Julai 2009

Kenapa penglihatan saya kabur dan double vison? Pernahkan di antara anda pernah mengalami penglihatan sebegini rupa? Double vision ini juga dikenali sebagai diplopia. Penglihatan berganda atau lebih mudah disebut “double vision” ini sering dikaitkan dengan penglihatan kabur. Ini kerana, apabila double vision itu terjadi, dengan secara automatiknya, penglihatan akan menjadi kabur.

Double Vision

Double Vision

Normal vision

Normal vision

Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman pelanggan kami di Setiawangsa Optometrist. Saya pernah memeriksa seorang kanak-kanak berumur 8 tahun, dan penglihatan beliau boleh dikatakan agak teruk kerana habit suka menonton television. Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita bahawa kanak-kanak tersebut mungkin mengalami tumor.Kanak-kanak itu juga mengadu sakit kepala selain mengalami double vision kepada ibunya.Ini kerana, arwah bapa beliau meninggal kerana tumor di otak. Ibu beliau juga pernah berpengalaman semasa suaminya masih ada dahulu juga mengalami double vision seperti itu. Bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu yang pernah mengalami peristiwa sebegitu rupa, kali ini, berlaku kepada anaknya pula. Biasalah, kadangkala anak-anak banyak karenah dan alasan mereka untuk tidak ke sekolah dan sebagainya. Tapi kali ini, lain pula gayanya.

Sebenarnya, agak susah untuk diagnos permasalahan kanak-kanak, kerana kadangkala mereka juga kurang pasti apa yang berlaku kepada diri mereka. Sabar dan teliti adalah kunci kepada jawapan. Kadangkala, tidak semua diagnos boleh digunapakai. Pada mulanya, beliau dikatakan terganggu penglihatannya disebabkan sinus yang membengkak di kawasan hidung. Dipendekan cerita, beliau tidak jadi untuk membuat SCAN kerana ibunya telah merujuk dahulu kepada doktor mata. Alhamdulillah, lega juga saya dengan berita bahawa semuanya tiada masalah. Kanak-kanak itu hanya mengalami gangguan otot-otot matanya. Dengan ganguan otot itu, menyebabkan penglihatannya kabur dan nampak berganda.

Seperti gambarajah di bawah, mata mempunyai otot-otot (extraocular muscles) untuk mengawal dan mengerakkan mata sama ada ke kiri, atas, bawah, oblik, menjeling , berputar, dan sebagainya. Otot-otot ini dikawal oleh saraf-saraf (CN3, CN4 dan CN6). Sebagai contoh, saraf  CN3 adalah mengawal pergerakan ke atas, ke bawah dan ke hidung. Jika ada masalah yang berlaku kepada saraf itu, pergerankan mata akan terganggu.

Gray's_anatomy_Eye_muscles

Jika anda mencari jawapan pada soalan diri anda, mungkin saya tidak dapat menjawab kenapa anda mengalami double vision secara tepat. Disini saya menerangkan dari segi bagaimana biasanya simptom ini berlaku. Permeriksaan boleh dilakukan oleh Optometrist di kejiranan anda. Pemeriksaan biasanya dilakukan dengan dengan menutup sebelah mata berganti-ganti untuk memastikan mata mana yang mengalami double vision dan seterusnya.

i) Binocular Diplopia

  • ini disebabkan apabila mata ditutup sebelah, penglihatan adalah normal.
  • jika melihat menggunakan kedua-dua belah mata, penglihatan adalah kabur dan double vision.
  • berlaku akibat:  i- gangguan saraf 3, 4 dan6 ii- myasthenia gravis iii- orbital infiltration

ii) Monocular Diplopia

  • jika salah satu atau kedua-dua mata (jika tutup kedua-dua mata, memanglah tak nampak ;p ) nampak kabur atau double vision.
  • berpunca daripada: katarak, keratokonus, astigmatism, corneal scarring dan dislocated len.

Sebagaimana cerita yang saya kongsi tadi, kanak-kanak tersebut mengalami Convergence Weakness. Treatment yang dilakukan adalah menjalankan senaman mata. YA, mata juga memerlukan senaman 😉 Senaman “pencil pushups ” dilakukan untuk tujuan melatih dan menguatkan mana-mana otot yang lemah. Senaman “pencil pushups” ini mudah sahaja, iaitu dengan meletakan pen pada jarak satu tangan mendepa ke hadapan, selaraskan pen di tengah-tengah iaitu di hadapan hidung. Lihat pergerakan pen yang menghala ke arah hidung. Mudah. Ia dilakukan selama 10 minit dengan dos sebanyak tiga kali sehari (cewah, macam makan ubat pulak ye?). Jika dengan izin Allah, teknik senaman ini tidak berjaya dan tidak efektif, mungkin ia disebabkan oleh saraf. Tetapi ini semua diputuskan oleh doktor mata. Jika ia disebabkan oleh saraf, mungkin tidak banyak yang boleh dilakukan. Wallahualam…


Awasi penglihatan anak anda

16 Februari 2009

Assalamu’alaikum.
Salam perkenalan. Memandangkan ini adalah posting sulung saya bersama Setiawangsa Optometrist, saya mengucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada semua pengunjung blog ini. Alhamdulillah, buat pengetahuan pembaca semua, baru semalam signboard Setiawangsa Optometrist dinaikan. Bermulalah fasa pertama Setiawangsa Optometrist dan kesibukan bakal menjelma!! Maka sebelum saya sibuk, haruslah kiranya saya ‘meninggalkan’ beberapa posting sebelum ia nampak ‘tergendala’.
Dewasa ini , masyarakat dunia lebih banyak terdedah dengan penggunaan computer, gaya membaca sambil baring atau meniarap dan membaca dengan cahaya lampu yang tidak cukup terang. Pada segelintir mereka, mungkin ini adalah kebiasaan dan mungkin juga terikut-ikut dengan keadaan sekeliling. Sememangnya kita biasa melihat ‘orang putih’ dalam peti televisyen membaca di taman atau di tepi pantai sambil meniarap atau baring. Malah kita juga kadang melihat mereka melakukan perkara sama di pantai-pantai kita. Harus di ingat! Bukan SEMUA kelakuan dan habit ‘orang putih’ itu baik dan betul. Walaupun kita menganggap mereka dari negara maju, mereka juga adalah manusia biasa. Mereka juga ada sifat degil, malas, ego dan tidak mengambil tahu; seperti kita juga 😉 Jadi semua pembaca disini, saya pasti tidak ada sifat sebegini kot?
Di mana-mana, dewasa mahupun kanak-kanak sama saja. Penggunaan komputer dan berada di hadapan peti televisyen terlalu lama, dan gaya hidup seperti diatas boleh merosakkan penglihatan. Kadang-kadang kita tidak perasan akan kelakuan kita diperhatikan oleh anak-anak. Mereka kadang tidak faham akan tanggungjawab kita di hadapan komputer dengan kerja yang mesti dipulun dan habiskan sebelum tarikh tertentu. Dengan alasan ini, mereka juga boleh menjadikan alasan untuk berada di hadapan komputer untuk bermain game atau bermain PS2 di peti televisyen lebih dari satu jam. Sebagai ibu bapa, kita haruslah tahu tanggungjawab kita menasihati anak-anak dan jadikan diri kita sebagai contoh tauladan yang baik untuk anak-anak ikuti.
Bukan itu saja, masalah penglihatan juga boleh diwarisi. Walaubagaimanapun, ia bukanlah alasan untuk mengatakan “Alah, biasala tu budak-budak ni pakai spek, dah mak bapak dia pun power tinggi” atau menyalahkan diri kita kerana anak-anak rabun. Peringatan, TIDAK SEMUA anak boleh mewarisi masalah penglihatan.
Ibu …ayah… perhatikanlah anak anda. Sekiranya anak anda selalu mengecilkan mata untuk melihat sesuatu atau menonton tv pada jarak yang dekat, mengadu sakit kepala, sukar membaca pada jarak jauh, menulis pada jarak yang terlalu dekat, kerap menggosok mata atau perasan mata mereka berair atau gatal . Jika ada simtom-simtom ini, bawalah anak anda berjumpa dengan optometris berhampiran.
Mungkin anak anda mengalami masalah penglihatan (myopia/ hyperopia/ astigmatism/ juling). Myopia atau short-sighted adalah masalah kesukaran melihat jauh. Ia berpunca daripada bola mata yang lebih panjang atau kornea yang terlalu melengkung. Menyebabkan imej terbentuk di hadapan retina. Ini memerlukan kanta cekung untuk memposisikan imej berada di retina. Hyperopia atau long-sighted adalah kesukaran melihat jauh dan dekat. Ini berpunca daripada bola mata yang pendek atau kornea yang rata. Kadangkala anda boleh melihat jauh dengan jelas, kesan daripada akomodasi tetapi akan mengakibatkan sakit kepala atau senak disekeliling mata. Masalah ini dapat diatasi dengan memakai kanta cembung. Astigmatism menyebabkan penglihatan jauh dan dekat terganggu bergantung kepada kuasanya. Misalnya, seseorang tidak pasti huruf yang dilihat. Sama ada O atau D atau Q. Ini berpunca daripada kelengkungan kornea yang tidak sekata. InsyAllah saya akan menyentuh perkara ini dengan lebih teliti untuk rujukan semua.
Dengarlah keluhan anak-anak dan selalu perhatikan mereka. Perkara ini jangan dipandang remeh kerana pengesanan masalah penglihatan pada peringkat awal boleh mencerahkan masa depan mereka.
Saban hari saya menerima banyak kes masalah penglihatan anak-anak yang telah mencapai tahap serius. Ini berpunca daripada kelewatan ibubapa membawa anak mereka berjumpa dengan optometris. Entahlah…kerana kesibukan? Perkara remeh? Anak berbohong? Anda lebih mengetahui jawabannya! Jangan sia-siakan hidup anak anda hanya kerana dua huruf ini: RM..wang boleh dicari, tapi penglihatan sempurna tiada gantinya. Anda dan anak anda peliharalah penglihatan yang Allah pinjamkan. Syukurilah nikmatNya…sehingga bertemu lagi 

Norhalijah Ismail
Setiawangsa Optometrist.