Katarak Mata

23 September 2009

Apakah katarak?

Katarak adalah kanta mata yang lutsinar bertukar warna menjadi kuning susu dikenali sebagai katarak atau selaput mata. Biasanya berlaku pada kedua-dua belah mata, dan tahapnya berbeza bagi setiap mata.

Katarak mata

Jenis katarak mata

Cahaya yang memasuki mata, perlu melalui kanta untuk ke retina bagi menghasilkan imej. Akibat kekabutan kanta (disebabkan oleh katarak), imej yang terbentuk mengalami gangguan. Inilah yang menyebabkan pesakit katarak mengalami gangguan penglihatan sama ada jauh ataupun dekat. Selain gangguan penglihatan, mereka akan mengalami silau tidak kira siang atau malam, sensitif pada cahaya lampu, halos dan diplopia (penglihatan berganda) dan gangguan penglihatan warna pada peringkat yang serius. Namun,  katarak tidak menyebabkan kesakitan pada organ mata.

Apa puncanya?

Ia biasanya berpunca daripada peningkatan usia, trauma, diabetes mellitus, merokok, toksik seperti pengambilan steroid dan kongenital (lahir dengan katarak).

Diabetic cataract

Diabetic cataract

Trauma cataract

Trauma cataract

Terdapat 3 jenis katarak iaitu:

  1. Katarak subkapsular
  2. Katarak nuklear
  3. Katarak kortikal

Pesakit yang mengalami katarak subkapsular akan mengalami silau dengan cahaya lampu kenderaan di hadapan, silau dengan cahaya matahari dan mengalami gangguan penglihatan dekat.  Pesakit dengan nuklear katarak akan mengalami perubahan kuasa cermin mata (myopia). Pesakit dengan kortikal katarak mengalami silau sepanjang masa.

Katarak boleh menyebabkan kebutaan. walaubagaimanapun, tidak semua katarak perlu dibuang…bergantung kepada kematangan katarak dan keperluan penglihatan pesakit.

Adakah katarak boleh diubati?

Ya, dengan pembedahan katarak.

Pembedahan katarak dilakukan di dalam bilik pesakit luar sahaja dengan menggunakan bius setempat. Operasi mengambil masa selama 30 – 60 minit. bahagian kanta yang kabut akan dibuang dengan menggunakan teknik phacoemulsification. Pesakit dibenarkan pulang selepas 1 – 2 jam selepas pembedahan sekiranya tiada sebarang masalah. Mata yang dibedah akan ditutup sehingga keesokan harinya. pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat penitis bagi membantu mempercepatkan proses memulihan.

Pembedahan katarak

Pembedahan katarak

Kebiasaannya, pembedahan ini amat berjaya. namun terdapat juga beberapa risiko yang perlu diingat!

  1. jangkitan kuman dan pendarahan
  2. kuasa kanta yang tinggi
  3. kanta baru boleh berkabut seperti sebelumnya
  4. 1% retinal detachment dan bengkak pada retina

Harus di ingat!

Katarak tidak akan pulih dengan ubat penitis atau vitamin. tetapi ia boleh dikawal dengan menggunakan kanta 100% ada pelindung UV (kanta transition atau kanta polycarbonate).

InsyAllah, jika ada kelapangan dan persoalan lagi tentang katarak mata, saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut. Untuk makluman, di Setiawangsa Optometrist, kami mempunyai peralatan lengkap untuk pemeriksaan mata. Kami juga menyediakan pemeriksaan katarak mata secara percuma. Dinasihatkan supaya menelefon dahulu kepada kami untuk membuat temujanji.

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Norhalijah Ismail


Pemeriksaan Mata PERCUMA di Setiawangsa Optometrist!

7 Mei 2009
Pemeriksaan Mata Percuma di Setiawangsa Optometrist

Pemeriksaan Mata Percuma di Setiawangsa Optometrist

Kami di Setiawangsa Optometrist menyediakan peralatan yang kami anggap yang paling lengkap di kawasan Setiawangsa. Setiawangsa Optometrist menyediakan perkhidmatan percuma kepada semua. Jangan malu untuk membuat temujanji dan kami juga tidak mengenakan bayaran sekalipun untuk pemeriksaan katarak mata!!!  Kami amat mengalu-alukan warga senior untuk datang melawat kami di sini.

Jadi, tunggu apa lagi? Datang dan alami sendiri di Setiawangsa Optometrist.

p/s: Oh, permis kami juga amat mesra OKU!

From Setiawangsa Optometrist

^^^Klik untuk imej lebih besar^^^