CEPAT! CEPAT! Promosi Setiawangsa Optometrist hampir tamat! Dapatkan diskaun Januari, contact lens murah dan pemeriksaan katarak PERCUMA untuk semua!
p/s: wah..lamanya tak update! :p
Posting kali ini ditujukan khas buat mill yang memberikan komen dan bertanyakan tentang perbezaan photogrey dan Transition. Soalan ini juga kadangkala ditujukan kepada kami setiap kali ada pelanggan yang keliru dan inginkan jawapan akan persamaan dan berbezaan kedua-dua jenis lens ini.
Untuk makluman semua, kewujudan photogrey adalah yang paling awal di negara kita. Tambahan pula, ia adalah dari jenis yang paling murah di pasaran sejak 10 tahun yang lepas. Sesiapa yang pernah memakai lens photogrey ini mungkin mengetahui kelebihan dan kekurangannya.
Disini, saya akan menyenaraikan perbezaan diantara lens photogrey dan Transition. Mengikut gambarajah di bawah, terdapat dua jenis lens yang boleh bertukar warna yang disebabkan oleh kepekaan kepada cahaya dan UV, i aitu Photochromic dan Transition.
Mungkin ada yang keliru, kenapa photocromic? Photocromic adalah jenis lens. Dalam kategori photocromic, ia dipecahkan kepada dua, iaitu Photogrey dan Photobrown. Denagn ayat mudahnya, ia mempunyai dua warna. Brown (coklat) dan grey (kelabu).
Photocromic
Transition
Ini mungkin dapat menjawap persoalan mill dan pembaca semua. Dengan maklumat ini, pastinya semua dapat mengagak perbezaan harga secara kasar denagn kedua-dua jenis lens ini. Tapi kami tahu, anda adalah pengguna bijak
Nurhalijah Ismail
Apakah katarak?
Katarak adalah kanta mata yang lutsinar bertukar warna menjadi kuning susu dikenali sebagai katarak atau selaput mata. Biasanya berlaku pada kedua-dua belah mata, dan tahapnya berbeza bagi setiap mata.
Cahaya yang memasuki mata, perlu melalui kanta untuk ke retina bagi menghasilkan imej. Akibat kekabutan kanta (disebabkan oleh katarak), imej yang terbentuk mengalami gangguan. Inilah yang menyebabkan pesakit katarak mengalami gangguan penglihatan sama ada jauh ataupun dekat. Selain gangguan penglihatan, mereka akan mengalami silau tidak kira siang atau malam, sensitif pada cahaya lampu, halos dan diplopia (penglihatan berganda) dan gangguan penglihatan warna pada peringkat yang serius. Namun, katarak tidak menyebabkan kesakitan pada organ mata.
Apa puncanya?
Ia biasanya berpunca daripada peningkatan usia, trauma, diabetes mellitus, merokok, toksik seperti pengambilan steroid dan kongenital (lahir dengan katarak).
Terdapat 3 jenis katarak iaitu:
Pesakit yang mengalami katarak subkapsular akan mengalami silau dengan cahaya lampu kenderaan di hadapan, silau dengan cahaya matahari dan mengalami gangguan penglihatan dekat. Pesakit dengan nuklear katarak akan mengalami perubahan kuasa cermin mata (myopia). Pesakit dengan kortikal katarak mengalami silau sepanjang masa.
Katarak boleh menyebabkan kebutaan. walaubagaimanapun, tidak semua katarak perlu dibuang…bergantung kepada kematangan katarak dan keperluan penglihatan pesakit.
Adakah katarak boleh diubati?
Ya, dengan pembedahan katarak.
Pembedahan katarak dilakukan di dalam bilik pesakit luar sahaja dengan menggunakan bius setempat. Operasi mengambil masa selama 30 – 60 minit. bahagian kanta yang kabut akan dibuang dengan menggunakan teknik phacoemulsification. Pesakit dibenarkan pulang selepas 1 – 2 jam selepas pembedahan sekiranya tiada sebarang masalah. Mata yang dibedah akan ditutup sehingga keesokan harinya. pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat penitis bagi membantu mempercepatkan proses memulihan.
Kebiasaannya, pembedahan ini amat berjaya. namun terdapat juga beberapa risiko yang perlu diingat!
Harus di ingat!
Katarak tidak akan pulih dengan ubat penitis atau vitamin. tetapi ia boleh dikawal dengan menggunakan kanta 100% ada pelindung UV (kanta transition atau kanta polycarbonate).
InsyAllah, jika ada kelapangan dan persoalan lagi tentang katarak mata, saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut. Untuk makluman, di Setiawangsa Optometrist, kami mempunyai peralatan lengkap untuk pemeriksaan mata. Kami juga menyediakan pemeriksaan katarak mata secara percuma. Dinasihatkan supaya menelefon dahulu kepada kami untuk membuat temujanji.
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Norhalijah Ismail
Ramai yang bertanya kepada kami tentang lens Essilor® Transitions® semenjak NTV7 mengiklankannya pada slot siaran prima mereka. Di Setiawangsa Optometrist, kami semangnya menyarankan anda untuk memilih Essilor® Transitions® untuk perlindungan tambahan. Maklumlah, musim-musim panas sekarang ni. Boleh dikatakan setiap hari, cuaca di luar boleh menjangkau sehingga 40 darjah celsius! Bayangkan setinggi mana sinaran UV yang dilepaskan pada waktu itu? Orang putih kata “its deadly” atau boleh membawa maut…saya hanya bergurau saja
Makna saya disini, sinaran UV pada waktu kepanasan terlampau boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada mata.
Kepada anda yang banyak menghabiskan masa di luar terutamanya site engineer atau kontraktor mahupun cikgu sekolah (cikgu sekolah pun kena jemur bawah matahari tau!) kondisi cuaca terlampau ini boleh mengakibatkan sakit kepala atau lain-lain kerana dek teriknya panas. Ini menjadi masalah kepada orang yang rabun, kerana separuh hatinya ingin memakai sunglass, tapi separuh lagi malas pula nak membeli contact lens kerana tak biasa. Atau malas hendak bertukar-tukar kaca mata biasa dan kaca mata tinted yang sedia ada. Sememangnya inilah yang seringkali pelanggan kami hadapi.
Alhamdulillah…sepanjang kami berada di Setiawangsa, ramai pelanggan kami yang datang semata-mata “melabur” untuk mendapatkan Essilor® Transitions® dari kami. Jangan teperanjat, jika saya katakan ada beberapa ibu bapa yang tanpa berdolak dalih membelikan anak-anak mereka lens Essilor® Transitions®. Kenapa saya gunakan perkataan “melabur” disini. Ia kerana dari segi pandangan pertama, harga lens Essilor® Transitions® adalah boleh dikatakan amat mahal dari yang biasa. Namun, jika dibandingkan dengan kesihatan diri dan perlindungan mata, ia adalah “pelaburan” untuk penjagaan mata. Ingatkah anda bahawa deria yang paling sensitif adalah sentuhan (kulit) dan mata juga sensitif dan mudah terdedah kepada bahaya, iaitu UV.
Untuk pengetahuan semua pembaca, saya adalah pengguna setia Essilor® Transitions® sejak dari enam tahun yang lepas. Generasi yang saya gunakan adalah dari generasi yang ke lima atau dikenali sebagai Essilor® Transitions® V. Sekarang, Essilor telah mengeluarkan Essilor® Transitions® VI dengan mutu yang lebih tinggi dan hasil kerja yang lebih halus. Dalam sepanjang enam tahun ini juga, mata saya dilindungi 100% dari panahan UV kejam!!! :p
Apa sebenarnya keistimewaan Essilor® Transitions® ini? Disini saya ingin berkongsi maklumat kepada anda tentang kelebihan pada lens Essilor® Transitions® ini. Ia adalah dari jenis lens photochromic. Dalam bahasa mudah, lens photochromic adalah lens yang sensitif kepada UV dan ia akan bertukar kepada gelap (bukan hitam ya
). Biasanya jika ia dari Essilor, material lens tersebut adalah dari jenis plastik atau plastik polycarbonate. Apa itu polycarbonate? Dalam bahasa mudah (buat kali kedua), ia adalah dari jenis plastik yang tahan lasak. Jika terpijak atau terjatuh, ia tidak akan pecah. Material polycarbonate ini biasanya dibuat untuk membuat botol susu bayi (cubalah pijak?pecah tak?) dan paling mengagumkan, ia adalah material yang sama untuk membuat tingkap kapal terbang!
Kelebihan Essilor® Transitions® lain yang memudahkan hari-hari anda:
Seperti yang saya katakan tadi, pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan mata kita rosak dan boleh menjadikan “penyakit” yang biasa kepada mata seperti katarak mata dan macular degeneration. Dengan Essilor® Transitions®, ia menghalang sinaran UV kepada mata seperti krim sun block kepada kulit anda. Ia juga adalah lens yang menghalang 100% sinaran UVA dan UVB!
Kenapa Essilor® Transitions® amat sesuai kepada kanak-kanak? Ini kerana mata mereka sedang “membesar” bersama diri mereka. Jadi, risiko terdedah kepada malapetaka matahari ini (cewah, bahasa) adalah tiga kali ganda dari orang dewasa!
Marilah ke Setiawangsa Optometrist untuk melihat, menyentuh dan menyaksikan sendiri demo dari kami
Salam mesra,
Norhalijah Ismail.
Bacaan berkaitan: Lindungi mata anda
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Bertemu kembali di ruangan ini, lama benar tak ada posting. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan kes keratokonus. Minggu lepas saya telah didatangi oleh pelajar 16 tahun bersama keluarganya. Berdarah campuran Melayu dan Inggeris. Dia mengadu kabur dengan cermin mata yang di gunakannya sekarang. Kerap menukar cermin mata dan beberapa hari sahaja cermin mata itu boleh di gunakan dengan jelas.
Daripada masalah yang dihadapi, saya dapat mengagak bahawa pelajar ini mempunyai masalah mata iaitu keratokonus.
Saya mulakan pemeriksaan dengan mencari kelengkungan kornea menggunakan keratometer. Ya.. tepat sekali dugaan saya. ‘Mire’ yang kelihatan berbentuk buah pear dan tidak sekata. Sudah pasti kelengkungan kornea yang didapati tidak tepat. Kemudian saya mengambil bacaan VA (ketajaman penglihatan).
Preskripsi kanan +1.75 / -4.00 * 180 VA 6/60 dan Kiri +0.25/ -4.00 * 175 VA 6/60.

Saya menjelaskan kepada pesakit dan ibunya bahawa pelajar ini mengalami satu penyakit mata iaitu kerotokonus. Ia berlaku apabila lapisan kornea menipis lalu berubah bentuk menjadi seperti bentuk kon. Menyebabkan penglihatan menjadi ‘distorted’ (herot atau kembang).
Simptom penyakit ini adalah penglihatan kabur dan ‘distorted’, kuasa astigmatism berubah-ubah dan meningkat, silau dan sensitif pada cahaya.
Puncanya?
Bagaimana merawatnya?
Saya menyarankan kepadanya agar menggunakan kanta sentuh RGP supaya korneanya boleh dibentuk semula dan meningkatkan tahap penglihatannya. Aduh! Pakai kanta sentuh ni memang sakit pada peringkat awalnya, mesti tahanlah! Tapi bagi ibu bapa yang berkemampuan, guna eye drop pun boleh kerana ubat ini sangat mahal berbanding kanta lekap RGP.
Untuk maklumat pembaca, Setiawangsa Optometrist ada menjual kanta lekap RGP dan anda boleh mencuba (fitting) di permis kami. Biasanya harga kanta lekap RGP adalah dalam lingkungan RM400.00++. Namun pada kes ini, beliau mestilah menggunakan RGP Keratokonus yang menjangkau sehingga RM900.00!
Jika ada apa-apa pertanyaan, jangan segan untuk bertanya kepada kami. Kalau segan, e-mail je
Sekian buat masa ini, ada lagi cerita-cerita menarik pelanggan dan info yang ingin dikongsi bersama disini.
Berjumpa lagi!
Norhalijah Ismail
Setiawangsa Optometrist.

Pemeriksaan Mata Percuma di Setiawangsa Optometrist
Kami di Setiawangsa Optometrist menyediakan peralatan yang kami anggap yang paling lengkap di kawasan Setiawangsa. Setiawangsa Optometrist menyediakan perkhidmatan percuma kepada semua. Jangan malu untuk membuat temujanji dan kami juga tidak mengenakan bayaran sekalipun untuk pemeriksaan katarak mata!!! Kami amat mengalu-alukan warga senior untuk datang melawat kami di sini.
Jadi, tunggu apa lagi? Datang dan alami sendiri di Setiawangsa Optometrist.
p/s: Oh, permis kami juga amat mesra OKU!
![]() |
| From Setiawangsa Optometrist |
^^^Klik untuk imej lebih besar^^^
Berbeza bagi setiap orang untuk menggunakan kanta lekap yang berbeza. Di pasaran terdapat soft lens (kanta lembut) dan hard lens (kanta keras), dan ada satu lagi jenis yang dinamakan RGP atau rigid gas permeable lens.
Sesetengah boleh digunakan setiap hari dan dibuang pada penghujung hari, ia dipanggil daily contact lens. Lens ini hanya boleh digunakan hanya sehari sahaja. Sesetengahnya adalah bersifat tetap atau permanent contact lens.
Sebenarnya tiada istilah “kanta lekap yang sesuai” untuk semua orang. Ini kerana ia semua bergantung kepada cara hidup seharian dan habit (menjaga kebersihan), ia terpulang kepada individu.
Acapkali kita ke kompleks membeli belah, kita akan menghampiri kedai optometrist yang nampak bercahaya dari luar dan memamerkan banyak cermin mata hitam berjenama. Pastinya kita akan ber”WAH” dan ber”WOW” dengan rekabentuk terkini jenama tersebut. YA…saya tahu, selain daripada itu ialah tag harganya yang kadangkala mencecah harga gaji sebulan kita, malah lebih dari itu!
Persoalannya, adakah kita memakai cermin mata kerana gaya semata-mata atau sebagai perlindungan? Kadangkala, ia seperti memikirkan bahawa “perlukah saya memakai helmet ketika menunggang motosikal hanya untuk ke kedai yang jaraknya 500 meter?”. Mungkin persoalan ini nampak tidak wajar dan langsung tidak ada kaitan.
Tak salah memilih bingkai ‘bejenama’ jika kita berkemampuan. Jangan segan silu untuk bertanya kepada pembantu di kedai cermin mata kegemaran anda. Pastinya mereka ingin membantu untuk kepuasan hati pelanggan mereka. Tapi yang lebih penting adalah memilih kanta yang bermutu untuk melindungi mata kita. Kenapa? Disini kita perlu memahami karekter sinaran Ultraviolet atau lebih dikenali dengan singkatan UV. Sinaran UV mempunyai beberapa peringkat. Ketumpatan UV berbeza dari suatu tempat dengan tempat yang lain. Misalnya, jika kita berkelah di kawasan sungai, mungkin ketumpatan UVnya ialah hanya 1%. Ia kerana kawasan sungai adalah redup dan banyak lindungan bayang pokok.
Namun ia amat berbeza jika kita berkelah di tepi pantai, ia akan mendadak sehingga 10% dan kalai kita berkayak di tengah lautan, ia akan menjadi sekali ganda menjadi 20%. Sebelum saya berada di Setiawangsa Optoemtrist, pernah saya didatangi seorang pelanggan yang ingin ke Gunung Everest! WAH…tak sangka saya akan berkenalan dengan personaliti sebegini. Bukan setiap tahun orang akan mendaki gunung tertinggi di dunia itu. Alhamdulillah, kerja saya mudah untuk menerangkan kepada beliau tentang bahayanya sinaran UV pada altitut tinggi kerana beliau sudah biasa mendaki puncak tinggi di hampir setiap benua. Untuk pengetahuan semua, tahap sinaran UV di atas gunung boleh melepasi sehingga 80%! Ini kerana, lapisan Ozon sudah menipis dan sinaran UV semakin meningkat selain daripada pantulan cahaya dari salji tebal.
Dengan kata mudah, cukuplah kita disini hanya memahami bahawa sinaran UV boleh merosakan mata kita. Bagaimana? Ya, persoalan yang bagus! Walaupun sinaran UV (boleh juga dikatakan radiasi UV) ini bersifat lutsinar atau tidak nampak dengan mata kasar, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian mata; pada kornea, lensa Cristalline dan retina itu sendiri. Dalam jangka masa panjang, ini boleh menyebabkan kondisi yang tidak dapat dibaikpulih jika kita tidak melindungi mata kita.
Kanta yang ada 100% perlindungan cahaya UV(polikarbonate atau jenama Transition), ringan, tahan lasak dan mudah dibersihkan. PERINGATAN! Tidak semua kanta mempunyai 100% perlindungan UV. Hampir semua kanta cermin mata rabun (lebih dikenali sebagai corrective lens) menyerap radiasi UV dan melindungi mata anda walau ianya lutsinar! Tidak semua cermin mata hitam yang gelap mempunyai lapisan pelindung UV. Jadi, pastikan kanta cermin mata hitam anda mempunyai lapisan perlindungan UV.
Pilihlah kanta yang bersesuaian dengan aktiviti harian anda. Bagi yang banyak melakukan aktiviti luar seperti tentera, polis trafik, engineer, pemain golf, pelumba basikal part-time, kaki pancing, anda boleh memilih kanta polarized. Kanta ini direka khusus untuk meningkatkan kontras dan memiliki penglihatan dinamik semasa berada di bawah pancaran matahari (menghilangkan silauan). Jika berkesempatan, anda juga boleh mencuba kanta dan gambar ajaib di kedai cermin mata terdekat untuk melihat ‘keajaiban’ kanta polarized.
Jika anda adalah seorang heavy golfer, anda tahu bagaimana seksa untuk mencari bola di udara dan dimana ia akan mendarat. Jika anda adalah kaki pancing, anda tahu bagaimana silaunya memancing di lubuk kegemaran di hari panas. Jika anda adalah orang marketing, anda tahu bagaimana peritnya mata semasa memandu jarak jauh dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada siang hari.
Khusus untuk pemandu pula, anda boleh memakai kanta kombinasi photochromics dan polarized. Kanta ini akan berubah menjadi gelap mengikut suhu dan tahap UV persekitaran, meningkatkan kontras dan menghilangkan silau. Menjadikan perjalanan anda selesa dan selamat.Orang tua kata, kalau tak kenal, maka tak cinta. Dulu, pernah ada pelanggan suami isteri datang pada hari kedua setelah membeli cermin mata berkanta polarized. Mereka kecewa setelah mengetahui stok telah habis. Rupanya, si isteri baru tahu betapa bestnya menggunakan cermin mata berkanta polarized.
Anda salah seorang presbyopia (sukar membaca)? Usah gusar, ada pelbagai jenama kanta terdapat di pasaran. Essilor, Hoya, Zeiss, Rodenstock dan banyak lagi. Setiap jenama ada rekabentuk tersendiri dan kelebihan masing-masing. Umpamanya, Honda dengan Kancil. Tentulah tak sama dari segi keselesaan, keluasan dan tentu sekali harganya! Oops.. maaf, saya tidak memperkecilkan barang tempatan, saya sendiri menggunakan kereta Kancil (senang parking bila ke pasar malam. Kecil-kecil cili padi!).
Anda kelesuan? Setelah menggunakan komputer atau mikroskop di makmal, mata berasa letih dan berair? Mudah saja. Saya ada cara untuk mengatasi masalah anda. Saya mencadangkan anda menggunakan kanta yang membantu sistem akomodasi. Kanta ini merehatkan otot mata agar anda dapat memfokus objek dengan selesa dan lebih lama. Aduh, mata saya juga seperti sudah pedih menghadap monitor ni lama-lama. Setakat ini sahaja buat kali ini.
Hmm…dah mengomel panjang lebar ni, rasanya saya belum lagi ada lagi cermin mata berkanta polarized dan photocromics. Hehehe…InsyAllah, ada rezeki lebih, saya akan buat satu untuk “hadiah” diri sendiri. Ciayok!