Setiawangsa Optometrist @ www.estate123.com

14 Julai 2009
www.estate123.com

www.estate123.com

Assalamualaikum!

Kini Setiawangsa Optometrist berada di laman web hartanah tempatan iaitu www.estate123.com yang bertemakan “neighbourhood” atau kejiranan. Di laman web ini, anda anda boleh memeriksa apakah yang disediakan oleh pemaju seperti:

  • Sekolah berdekatan
  • Premis perniagaan berdekatan
  • Taman permainan untuk anak-anak
  • Pembangunan masa hadapan di kawasan sekitar
  • Masjid terdekat di kawasan rumah

Di sini juga mereka menggunakan peta oleh Google Map yang begitu mudah untuk digunakan. Anda boleh zoom-in dan zoom-out untuk mengenalpasti kawasan yang anda inginkan. Untuk mengenal jalan juga amat bagus untuk mereka yang tidak “familiar” dengan kawasan sekitar tempat yang ingin anda lihat.

Jadi, anda tidak perlu untuk ke destinasi tersebut jika anda sibuk (wah, dah macam promoter blog pula ye?). Disini juga anda boleh memberikan rating juga kepada kejiranan yang anda tinggal sekarang.Klik saja imej di atas untuk terus ke laman web tersebut.

Banyak lagi kawasan lain di negeri-negeri lain seperti Johor, Selangor, Perak dan lain-lain. Kawasan antara yang popular telah sedia ada di sana seperti Bangsar, Mutiara Damansara, Manjalara dan Setiawangsa.

Maka, apa tunggu lagi? Rating lah Setiawangsa sekarang! Oh, rating juga Setiawangsa Optometrist ya ;)

Jumpa lagi…


Sinar di kala hujan

10 Julai 2009

Julung-julung kali blog Setiawangsa Optometrist menyiarkan sesuatu yang di luar topik. Tapi kali ini, sememangnya adalah luar dari topik! Walau bagaimanapun, ia sekadar untuk memeriahkan lagi blog ini ;)

Baru sahaja tadi, skuad sinar dari radio sinar.fm (yeke?saya tak dengar radio :D ) singgah untuk memberikan “freebies” di luar Setiawangsa Optometrist besempena promosi barangan Gamat Healing. Untuk makluman, Gamat Healing adalah jiran kepada Setiawangsa Optometrist. bunyinya seperti klishe kan? Kami adalah “kejiranan kesihatan”..cewah…

Seperti biasa, “freebies” adalah berupa minuman tenaga Black Fury ,sampel sabun Antabax , sampel susu Nespray, roti Choco Raisin dari Gardenia,  majalah LIBUR, CD lagu, baju sinar.fm dan tiket wayang Harry Potter! Tapi apa kan daya, mereka nak duit 5sen..baru dapat “season pass” ke Harry Potter.

Jom makan roti Gardenia cicah air Black Fury :p


Cermin mata Essilor® Transitions®

9 Julai 2009

Ramai yang bertanya kepada kami tentang lens Essilor® Transitions® semenjak NTV7 mengiklankannya pada slot siaran prima mereka. Di Setiawangsa Optometrist, kami semangnya menyarankan anda untuk memilih Essilor® Transitions® untuk perlindungan tambahan. Maklumlah, musim-musim panas sekarang ni. Boleh dikatakan setiap hari, cuaca di luar boleh menjangkau sehingga 40 darjah celsius! Bayangkan setinggi mana sinaran UV yang dilepaskan pada waktu itu? Orang putih kata “its deadly” atau boleh membawa maut…saya hanya bergurau saja ;) Makna saya disini, sinaran UV pada waktu kepanasan terlampau boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada mata.

Kepada anda yang banyak menghabiskan masa di luar terutamanya site engineer atau kontraktor mahupun cikgu sekolah (cikgu sekolah pun kena jemur bawah matahari tau!) kondisi cuaca terlampau ini boleh mengakibatkan sakit kepala atau lain-lain kerana dek teriknya panas. Ini menjadi masalah kepada orang yang rabun, kerana separuh hatinya ingin memakai sunglass, tapi separuh lagi malas pula nak membeli contact lens kerana tak biasa. Atau malas hendak bertukar-tukar kaca mata biasa dan kaca mata tinted yang sedia ada. Sememangnya inilah yang seringkali pelanggan kami hadapi.

Alhamdulillah…sepanjang kami berada di Setiawangsa, ramai pelanggan kami yang datang semata-mata “melabur” untuk mendapatkan Essilor® Transitions® dari kami. Jangan teperanjat, jika saya katakan ada beberapa ibu bapa yang tanpa berdolak dalih membelikan anak-anak mereka lens Essilor® Transitions®. Kenapa saya gunakan perkataan “melabur” disini. Ia kerana dari segi pandangan pertama, harga lens Essilor® Transitions® adalah boleh dikatakan amat mahal dari yang biasa. Namun, jika dibandingkan dengan kesihatan diri dan perlindungan mata, ia adalah “pelaburan” untuk penjagaan mata. Ingatkah anda bahawa deria yang paling sensitif adalah sentuhan (kulit) dan mata juga sensitif dan mudah terdedah kepada bahaya, iaitu UV.

Untuk pengetahuan semua pembaca, saya adalah pengguna setia Essilor® Transitions® sejak dari enam tahun yang lepas. Generasi yang saya gunakan adalah dari generasi yang ke lima atau dikenali sebagai Essilor® Transitions® V. Sekarang, Essilor telah mengeluarkan Essilor® Transitions® VI dengan mutu yang lebih tinggi dan hasil kerja yang lebih halus. Dalam sepanjang enam tahun ini juga, mata saya dilindungi 100% dari panahan UV kejam!!! :p

Apa sebenarnya keistimewaan Essilor® Transitions® ini? Disini saya ingin berkongsi maklumat kepada anda tentang kelebihan pada lens Essilor® Transitions® ini. Ia adalah dari jenis lens photochromic. Dalam bahasa mudah, lens photochromic adalah lens yang sensitif kepada UV dan ia akan bertukar kepada gelap (bukan hitam ya ;) ).  Biasanya jika ia dari Essilor, material lens tersebut adalah dari jenis plastik atau plastik polycarbonate. Apa itu polycarbonate? Dalam bahasa mudah (buat kali kedua), ia adalah dari jenis plastik yang tahan lasak. Jika terpijak atau terjatuh, ia tidak akan pecah. Material polycarbonate ini biasanya dibuat untuk membuat botol susu bayi (cubalah pijak?pecah tak?) dan paling mengagumkan, ia adalah material yang sama untuk membuat tingkap kapal terbang!

Kelebihan Essilor® Transitions® lain yang memudahkan hari-hari anda:

  • mudah dan cepat mengadaptasi dengan perubahan cahaya.
  • lens kelihatan seperti lens-lens biasa ketika dalam bangunan atau waktu malam.
  • lebih selesa berkeadaan gelap apabila di luar atau pada cahaya terang.
  • mengurangkan “glare’ atau silau dengan lapisan anti-reflective Crizal® untuk penglihatan selesa dan keletihan mata (“eye fatigue”).

Seperti yang saya katakan tadi, pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan mata kita rosak dan boleh menjadikan “penyakit” yang biasa kepada mata seperti katarak mata dan macular degeneration. Dengan Essilor® Transitions®, ia menghalang sinaran UV kepada mata seperti krim sun block kepada kulit anda. Ia juga adalah lens yang menghalang 100% sinaran UVA dan UVB!

Kenapa Essilor® Transitions® amat sesuai kepada kanak-kanak? Ini  kerana mata mereka sedang “membesar” bersama diri mereka. Jadi, risiko terdedah kepada malapetaka matahari ini (cewah, bahasa) adalah tiga kali ganda dari orang dewasa!

Marilah ke Setiawangsa Optometrist untuk melihat, menyentuh dan menyaksikan sendiri demo dari kami ;)

Salam mesra,

Norhalijah Ismail.

Bacaan berkaitan: Lindungi mata anda


Kenapa penglihatan saya kabur dan double vison?

2 Julai 2009

Kenapa penglihatan saya kabur dan double vison? Pernahkan di antara anda pernah mengalami penglihatan sebegini rupa? Double vision ini juga dikenali sebagai diplopia. Penglihatan berganda atau lebih mudah disebut “double vision” ini sering dikaitkan dengan penglihatan kabur. Ini kerana, apabila double vision itu terjadi, dengan secara automatiknya, penglihatan akan menjadi kabur.

Double Vision

Double Vision

Normal vision

Normal vision

Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman pelanggan kami di Setiawangsa Optometrist. Saya pernah memeriksa seorang kanak-kanak berumur 8 tahun, dan penglihatan beliau boleh dikatakan agak teruk kerana habit suka menonton television. Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita bahawa kanak-kanak tersebut mungkin mengalami tumor.Kanak-kanak itu juga mengadu sakit kepala selain mengalami double vision kepada ibunya.Ini kerana, arwah bapa beliau meninggal kerana tumor di otak. Ibu beliau juga pernah berpengalaman semasa suaminya masih ada dahulu juga mengalami double vision seperti itu. Bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu yang pernah mengalami peristiwa sebegitu rupa, kali ini, berlaku kepada anaknya pula. Biasalah, kadangkala anak-anak banyak karenah dan alasan mereka untuk tidak ke sekolah dan sebagainya. Tapi kali ini, lain pula gayanya.

Sebenarnya, agak susah untuk diagnos permasalahan kanak-kanak, kerana kadangkala mereka juga kurang pasti apa yang berlaku kepada diri mereka. Sabar dan teliti adalah kunci kepada jawapan. Kadangkala, tidak semua diagnos boleh digunapakai. Pada mulanya, beliau dikatakan terganggu penglihatannya disebabkan sinus yang membengkak di kawasan hidung. Dipendekan cerita, beliau tidak jadi untuk membuat SCAN kerana ibunya telah merujuk dahulu kepada doktor mata. Alhamdulillah, lega juga saya dengan berita bahawa semuanya tiada masalah. Kanak-kanak itu hanya mengalami gangguan otot-otot matanya. Dengan ganguan otot itu, menyebabkan penglihatannya kabur dan nampak berganda.

Seperti gambarajah di bawah, mata mempunyai otot-otot (extraocular muscles) untuk mengawal dan mengerakkan mata sama ada ke kiri, atas, bawah, oblik, menjeling , berputar, dan sebagainya. Otot-otot ini dikawal oleh saraf-saraf (CN3, CN4 dan CN6). Sebagai contoh, saraf  CN3 adalah mengawal pergerakan ke atas, ke bawah dan ke hidung. Jika ada masalah yang berlaku kepada saraf itu, pergerankan mata akan terganggu.

Gray's_anatomy_Eye_muscles

Jika anda mencari jawapan pada soalan diri anda, mungkin saya tidak dapat menjawab kenapa anda mengalami double vision secara tepat. Disini saya menerangkan dari segi bagaimana biasanya simptom ini berlaku. Permeriksaan boleh dilakukan oleh Optometrist di kejiranan anda. Pemeriksaan biasanya dilakukan dengan dengan menutup sebelah mata berganti-ganti untuk memastikan mata mana yang mengalami double vision dan seterusnya.

i) Binocular Diplopia

  • ini disebabkan apabila mata ditutup sebelah, penglihatan adalah normal.
  • jika melihat menggunakan kedua-dua belah mata, penglihatan adalah kabur dan double vision.
  • berlaku akibat:  i- gangguan saraf 3, 4 dan6 ii- myasthenia gravis iii- orbital infiltration

ii) Monocular Diplopia

  • jika salah satu atau kedua-dua mata (jika tutup kedua-dua mata, memanglah tak nampak ;p ) nampak kabur atau double vision.
  • berpunca daripada: katarak, keratokonus, astigmatism, corneal scarring dan dislocated len.

Sebagaimana cerita yang saya kongsi tadi, kanak-kanak tersebut mengalami Convergence Weakness. Treatment yang dilakukan adalah menjalankan senaman mata. YA, mata juga memerlukan senaman ;) Senaman “pencil pushups ” dilakukan untuk tujuan melatih dan menguatkan mana-mana otot yang lemah. Senaman “pencil pushups” ini mudah sahaja, iaitu dengan meletakan pen pada jarak satu tangan mendepa ke hadapan, selaraskan pen di tengah-tengah iaitu di hadapan hidung. Lihat pergerakan pen yang menghala ke arah hidung. Mudah. Ia dilakukan selama 10 minit dengan dos sebanyak tiga kali sehari (cewah, macam makan ubat pulak ye?). Jika dengan izin Allah, teknik senaman ini tidak berjaya dan tidak efektif, mungkin ia disebabkan oleh saraf. Tetapi ini semua diputuskan oleh doktor mata. Jika ia disebabkan oleh saraf, mungkin tidak banyak yang boleh dilakukan. Wallahualam…


Keratokonus

10 Jun 2009

Assalamu’alaikum  dan salam sejahtera.

Bertemu kembali di ruangan ini, lama benar tak ada posting. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan kes keratokonus. Minggu lepas saya telah didatangi oleh pelajar 16 tahun bersama keluarganya. Berdarah campuran Melayu dan Inggeris. Dia mengadu kabur dengan cermin mata yang di gunakannya sekarang. Kerap menukar cermin mata dan beberapa hari sahaja cermin mata itu boleh di gunakan dengan jelas.

Daripada masalah yang dihadapi, saya dapat mengagak bahawa pelajar ini mempunyai masalah mata iaitu keratokonus.

Saya mulakan pemeriksaan dengan mencari kelengkungan kornea menggunakan keratometer. Ya.. tepat sekali dugaan saya. ‘Mire’ yang kelihatan berbentuk buah pear dan tidak sekata. Sudah pasti kelengkungan kornea yang didapati tidak tepat. Kemudian saya mengambil bacaan VA (ketajaman penglihatan).

Preskripsi kanan +1.75 / -4.00 * 180 VA 6/60 dan Kiri +0.25/ -4.00 * 175 VA 6/60.

Topografi kornea normal dan keratokonus
Topografi kornea normal dan keratokonus. Gambar mata oleh Tim in sanhazzay

Saya menjelaskan kepada pesakit dan ibunya bahawa pelajar ini mengalami satu penyakit mata iaitu kerotokonus. Ia berlaku apabila lapisan kornea menipis lalu berubah bentuk menjadi seperti bentuk kon. Menyebabkan penglihatan menjadi ‘distorted’ (herot atau kembang).

Simptom penyakit ini adalah penglihatan kabur dan ‘distorted’, kuasa astigmatism berubah-ubah dan meningkat, silau dan sensitif pada cahaya.

Puncanya?

  1. Ketidakstabilan enzim di dalam kornea menyebabkan gangguan pada pembentukan tisu.
  2. Genetik (kerap berlaku pada bangsa India, bangsa Eropah dll).
  3. Pendedahan pada cahaya UV yang berlebihan.
  4. Amat kerap menggosok mata.
  5. Iritasi mata yang kronik.
  6. Pengguna kanta sentuh (poorly fit contact lens)

Bagaimana merawatnya?

  1. RGP contact lens.
  2. ‘Piggybacking’ contact lens
  3. Hybrit contact lens
  4. Boston sclerals lens prosthetic device
  5. C3-R, eye drop yang mengandugi riboflavin (vitamin B2).
  6. Corneal transplant

Saya menyarankan kepadanya agar menggunakan kanta sentuh RGP supaya korneanya boleh dibentuk semula dan meningkatkan tahap penglihatannya. Aduh! Pakai kanta sentuh ni memang sakit pada peringkat awalnya, mesti tahanlah! Tapi bagi ibu bapa yang berkemampuan, guna eye drop pun boleh kerana ubat ini sangat mahal berbanding  kanta lekap RGP.

Untuk maklumat pembaca,  Setiawangsa Optometrist ada menjual kanta lekap RGP dan anda boleh mencuba (fitting) di permis kami. Biasanya harga kanta lekap RGP adalah dalam lingkungan RM400.00++. Namun pada kes ini, beliau mestilah menggunakan RGP Keratokonus yang menjangkau sehingga RM900.00!

Jika ada apa-apa pertanyaan, jangan segan untuk bertanya kepada kami. Kalau segan, e-mail je ;) Sekian buat masa ini, ada lagi cerita-cerita menarik pelanggan dan info yang ingin dikongsi bersama disini.

Berjumpa lagi!

Norhalijah Ismail
Setiawangsa Optometrist.


Lindungi mata anda

27 Februari 2009

Acapkali kita ke kompleks membeli belah, kita akan menghampiri kedai optometrist yang nampak bercahaya dari luar dan memamerkan banyak cermin mata hitam berjenama. Pastinya kita akan ber”WAH” dan ber”WOW” dengan rekabentuk terkini jenama tersebut. YA…saya tahu, selain daripada itu ialah tag harganya yang kadangkala mencecah harga gaji sebulan kita, malah lebih dari itu!

Persoalannya, adakah kita memakai cermin mata kerana gaya semata-mata atau sebagai perlindungan? Kadangkala, ia seperti memikirkan bahawa “perlukah saya memakai helmet ketika menunggang motosikal hanya untuk ke kedai yang jaraknya 500 meter?”. Mungkin persoalan ini nampak tidak wajar dan langsung tidak ada kaitan.

Tak salah memilih bingkai ‘bejenama’ jika kita berkemampuan. Jangan segan silu untuk bertanya kepada pembantu di kedai cermin mata kegemaran anda. Pastinya mereka ingin membantu untuk kepuasan hati pelanggan mereka. Tapi yang lebih penting adalah memilih kanta yang bermutu untuk melindungi mata kita. Kenapa? Disini kita perlu memahami karekter sinaran Ultraviolet atau lebih dikenali dengan singkatan UV. Sinaran UV mempunyai beberapa peringkat. Ketumpatan UV berbeza dari suatu tempat dengan tempat yang lain. Misalnya, jika kita berkelah di kawasan sungai, mungkin ketumpatan UVnya ialah hanya 1%. Ia kerana kawasan sungai adalah redup dan banyak lindungan bayang pokok.

Namun ia amat berbeza jika kita berkelah di tepi pantai, ia akan mendadak sehingga 10% dan kalai kita berkayak di tengah lautan, ia akan menjadi sekali ganda menjadi 20%. Sebelum saya berada di Setiawangsa Optoemtrist, pernah saya didatangi seorang pelanggan yang ingin ke Gunung Everest! WAH…tak sangka saya akan berkenalan dengan personaliti sebegini. Bukan setiap tahun orang akan mendaki gunung tertinggi di dunia itu. Alhamdulillah, kerja saya mudah untuk menerangkan kepada beliau tentang bahayanya sinaran UV pada altitut tinggi kerana beliau sudah biasa mendaki puncak tinggi di hampir setiap benua. Untuk pengetahuan semua, tahap sinaran UV di atas gunung boleh melepasi sehingga 80%! Ini kerana, lapisan Ozon sudah menipis dan sinaran UV semakin meningkat selain daripada pantulan cahaya dari salji tebal.

Dengan kata mudah, cukuplah kita disini hanya memahami bahawa sinaran UV boleh merosakan mata kita. Bagaimana? Ya, persoalan yang bagus! Walaupun sinaran UV (boleh juga dikatakan radiasi UV) ini bersifat lutsinar atau tidak nampak dengan mata kasar, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian mata; pada kornea, lensa Cristalline dan retina itu sendiri. Dalam jangka masa panjang, ini boleh menyebabkan kondisi yang tidak dapat dibaikpulih jika kita tidak melindungi mata kita.

Kanta yang ada 100% perlindungan cahaya UV(polikarbonate atau jenama Transition), ringan, tahan lasak dan mudah dibersihkan. PERINGATAN! Tidak semua kanta mempunyai 100% perlindungan UV. Hampir semua kanta cermin mata rabun (lebih dikenali sebagai corrective lens) menyerap radiasi UV dan melindungi mata anda walau ianya lutsinar! Tidak semua cermin mata hitam yang gelap mempunyai lapisan pelindung UV. Jadi, pastikan kanta cermin mata hitam anda mempunyai lapisan perlindungan UV.

Pilihlah kanta yang bersesuaian dengan aktiviti harian anda. Bagi yang banyak melakukan aktiviti luar seperti tentera, polis trafik, engineer, pemain golf, pelumba basikal part-time, kaki pancing, anda boleh memilih kanta polarized. Kanta ini direka khusus untuk meningkatkan kontras dan memiliki penglihatan dinamik semasa berada di bawah pancaran matahari (menghilangkan silauan). Jika berkesempatan, anda juga boleh mencuba kanta dan gambar ajaib di kedai cermin mata terdekat untuk melihat ‘keajaiban’ kanta polarized.

Jika anda adalah seorang heavy golfer, anda tahu bagaimana seksa untuk mencari bola di udara dan dimana ia akan mendarat. Jika anda adalah kaki pancing, anda tahu bagaimana silaunya memancing di lubuk kegemaran di hari panas. Jika anda adalah orang marketing, anda tahu bagaimana peritnya mata semasa memandu jarak jauh dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada siang hari.

Khusus untuk pemandu pula, anda boleh memakai kanta kombinasi photochromics dan polarized. Kanta ini akan berubah menjadi gelap mengikut suhu dan tahap UV persekitaran, meningkatkan kontras dan menghilangkan silau. Menjadikan perjalanan anda selesa dan selamat.Orang tua kata, kalau tak kenal, maka tak cinta. Dulu, pernah ada pelanggan suami isteri datang pada hari kedua setelah membeli cermin mata berkanta polarized. Mereka kecewa setelah mengetahui stok telah habis. Rupanya, si isteri baru tahu betapa bestnya menggunakan cermin mata berkanta polarized.

Anda salah seorang presbyopia (sukar membaca)? Usah gusar, ada pelbagai jenama kanta terdapat di pasaran. Essilor, Hoya, Zeiss, Rodenstock dan banyak lagi. Setiap jenama ada rekabentuk tersendiri dan kelebihan masing-masing. Umpamanya, Honda dengan Kancil. Tentulah tak sama dari segi keselesaan, keluasan dan tentu sekali harganya! Oops.. maaf, saya tidak memperkecilkan barang tempatan, saya sendiri menggunakan kereta Kancil (senang parking bila ke pasar malam. Kecil-kecil cili padi!).

Anda kelesuan? Setelah menggunakan komputer atau mikroskop di makmal, mata berasa letih dan berair? Mudah saja. Saya ada cara untuk mengatasi masalah anda. Saya mencadangkan anda menggunakan kanta yang membantu sistem akomodasi. Kanta ini merehatkan otot mata agar anda dapat memfokus objek dengan selesa dan lebih lama. Aduh, mata saya juga seperti sudah pedih menghadap monitor ni lama-lama. Setakat ini sahaja buat kali ini.

Hmm…dah mengomel panjang lebar ni, rasanya saya belum lagi ada lagi cermin mata berkanta polarized dan photocromics. Hehehe…InsyAllah, ada rezeki lebih, saya akan buat satu untuk “hadiah” diri sendiri. Ciayok!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.