MID YEAR NEW ARRIVAL

22 Jun 2010

Emporio Armani White

Emporio Armani White

Emporio Armani Maroon

Emporio Armani Maroon

Levi's Matt

Levi’s Matt
Levi's Lady

Levi's Lady


Perbezaan Polycarbonate dan Acrylic Plastic

2 Mac 2010

Pengiraan power contact lens bukan toric untuk pemakai Astigmatism

11 Februari 2010
VERTEX calculation

VERTEX calculation

VERTEX calculation

VERTEX calculation


PROMOSI JANUARI HAMPIR TAMAT!!!

15 Januari 2010
PROMOSI JANUARI

PROMOSI JANUARI

CEPAT! CEPAT! Promosi Setiawangsa Optometrist hampir tamat! Dapatkan diskaun Januari, contact lens murah dan pemeriksaan katarak PERCUMA untuk semua!

p/s: wah..lamanya tak update! :p

Perbezaan Photogrey dan Transition

23 November 2009

Posting kali ini ditujukan khas buat mill yang memberikan komen dan bertanyakan tentang perbezaan photogrey dan Transition.  Soalan ini juga kadangkala ditujukan kepada kami setiap kali ada pelanggan yang keliru dan inginkan jawapan akan persamaan dan berbezaan kedua-dua jenis lens ini.

Untuk makluman semua, kewujudan photogrey adalah yang paling awal di negara kita. Tambahan pula, ia adalah dari jenis yang paling murah di pasaran sejak 10 tahun yang lepas. Sesiapa yang pernah memakai lens photogrey ini mungkin mengetahui kelebihan dan kekurangannya.

Disini, saya akan menyenaraikan perbezaan diantara lens photogrey dan Transition. Mengikut gambarajah di bawah, terdapat dua jenis lens yang boleh bertukar warna yang disebabkan oleh kepekaan kepada cahaya dan UV, i aitu Photochromic dan Transition.

Mungkin ada yang keliru, kenapa photocromic? Photocromic adalah jenis lens. Dalam kategori photocromic, ia dipecahkan kepada dua, iaitu Photogrey dan Photobrown. Denagn ayat mudahnya, ia mempunyai dua warna. Brown (coklat) dan grey (kelabu).

Photocromic

  • pembuatan lens adalah diadun antara warna dan lens.
  • mempunyai sedikit warna dalam lens (brown/grey).
  • penukaran kepada gelap dan cerah adalah sedikit perlahan.
  • perbezaan power pada kedua belah warna akan mempengaruhi “kegelapan”. Contoh: mata kiri -3.00 dan mata kanan -1.25. Warna pada lens mata kiri akan lebih gelap dari lens pada mata kanan. Ini akan menyebabkan kekurangan pada segi kosmetik.

Transition

  • lens dibuat dahulu dan dimasukan (inject) bahan organisma (organic) yang peka kepada cahaya dan UV.
  • penukaran lebih cepat ke arah gelap dan normal.
  • lebih gelap dan selesa dalam bangunan (indoor).
  • perlindungan 100% UV

Ini mungkin dapat menjawap persoalan mill dan pembaca semua. Dengan maklumat ini, pastinya semua dapat mengagak perbezaan harga secara kasar denagn kedua-dua jenis lens ini. Tapi kami tahu, anda adalah pengguna bijak ;)

Nurhalijah Ismail


Katarak Mata

23 September 2009

Apakah katarak?

Katarak adalah kanta mata yang lutsinar bertukar warna menjadi kuning susu dikenali sebagai katarak atau selaput mata. Biasanya berlaku pada kedua-dua belah mata, dan tahapnya berbeza bagi setiap mata.

Katarak mata

Jenis katarak mata

Cahaya yang memasuki mata, perlu melalui kanta untuk ke retina bagi menghasilkan imej. Akibat kekabutan kanta (disebabkan oleh katarak), imej yang terbentuk mengalami gangguan. Inilah yang menyebabkan pesakit katarak mengalami gangguan penglihatan sama ada jauh ataupun dekat. Selain gangguan penglihatan, mereka akan mengalami silau tidak kira siang atau malam, sensitif pada cahaya lampu, halos dan diplopia (penglihatan berganda) dan gangguan penglihatan warna pada peringkat yang serius. Namun,  katarak tidak menyebabkan kesakitan pada organ mata.

Apa puncanya?

Ia biasanya berpunca daripada peningkatan usia, trauma, diabetes mellitus, merokok, toksik seperti pengambilan steroid dan kongenital (lahir dengan katarak).

Diabetic cataract

Diabetic cataract

Trauma cataract

Trauma cataract

Terdapat 3 jenis katarak iaitu:

  1. Katarak subkapsular
  2. Katarak nuklear
  3. Katarak kortikal

Pesakit yang mengalami katarak subkapsular akan mengalami silau dengan cahaya lampu kenderaan di hadapan, silau dengan cahaya matahari dan mengalami gangguan penglihatan dekat.  Pesakit dengan nuklear katarak akan mengalami perubahan kuasa cermin mata (myopia). Pesakit dengan kortikal katarak mengalami silau sepanjang masa.

Katarak boleh menyebabkan kebutaan. walaubagaimanapun, tidak semua katarak perlu dibuang…bergantung kepada kematangan katarak dan keperluan penglihatan pesakit.

Adakah katarak boleh diubati?

Ya, dengan pembedahan katarak.

Pembedahan katarak dilakukan di dalam bilik pesakit luar sahaja dengan menggunakan bius setempat. Operasi mengambil masa selama 30 – 60 minit. bahagian kanta yang kabut akan dibuang dengan menggunakan teknik phacoemulsification. Pesakit dibenarkan pulang selepas 1 – 2 jam selepas pembedahan sekiranya tiada sebarang masalah. Mata yang dibedah akan ditutup sehingga keesokan harinya. pesakit juga akan dibekalkan dengan ubat penitis bagi membantu mempercepatkan proses memulihan.

Pembedahan katarak

Pembedahan katarak

Kebiasaannya, pembedahan ini amat berjaya. namun terdapat juga beberapa risiko yang perlu diingat!

  1. jangkitan kuman dan pendarahan
  2. kuasa kanta yang tinggi
  3. kanta baru boleh berkabut seperti sebelumnya
  4. 1% retinal detachment dan bengkak pada retina

Harus di ingat!

Katarak tidak akan pulih dengan ubat penitis atau vitamin. tetapi ia boleh dikawal dengan menggunakan kanta 100% ada pelindung UV (kanta transition atau kanta polycarbonate).

InsyAllah, jika ada kelapangan dan persoalan lagi tentang katarak mata, saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut. Untuk makluman, di Setiawangsa Optometrist, kami mempunyai peralatan lengkap untuk pemeriksaan mata. Kami juga menyediakan pemeriksaan katarak mata secara percuma. Dinasihatkan supaya menelefon dahulu kepada kami untuk membuat temujanji.

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Norhalijah Ismail


Sunglass ELLE murah!

25 Ogos 2009
elle_18885

elle_18885

elle_18867

elle_18867

elle_18866

elle_18866

Ya! MURAH! Semua sunglass ELLE yang ditayangkan di sini adalah bermula dari

RM180.00 SAHAJA!

Original ELLE  :D dan datang dengan bekas merah yang cukup sempurna dengan penampilan elegan. Sunglass ELLE murah ini bukan sahaja setakal model yang ditunjukkan, ada lagi model lain. Jenama lain juga ada disini seperti Reebok, Kappa, Bonia dan Emmer Zegna.


Waktu Operasi Ramadhan

25 Ogos 2009
Waktu Operasi Ramadhan

Waktu Operasi Ramadhan


Kecederaan mata dalam sukan

16 Ogos 2009

Sepertimana yang kita arif, mata adalah antara deria yang sensitif dan ia mudah terdedah kepada kecederaan. Di hospital, ia adalah antara kecederaan biasa yang boleh dilihat di bahagian kecemasan. Banyak boleh menjadi penyebab kepada kecederaan mata, diantaranya ialah kemalangan jalanraya, terjatuh, pergaduhan, bendasing dan diantaranya ialah sukan itu sendiri. Kecederaan mata yang disebabkan tumbukan, terkena bola termasuk bola tenis dan bulu tangkis adalah dalam kategori kecederaan mata jenis tertutup.

Hyphaema
Hyphaema

Tahukah anda di Malaysia sahaja, sukan badminton adalah penyumbang kepada 2/3 untuk kesemua kecederaan mata iaitu sebanyak 66.7%. Mengikut survey, diantara 53% hingga 56% daripada kecederaan mata tersebut mengarah kepada hyphaema (iaitu di amana kondisi mata mengalami pendarahan).

Tahukah anda bulu tangkis boleh bergerak sepantas 225 km/j!!

Bagaimana cara untuk menghindari kecederaan mata ini? Dengan penggunaan perlindungan mata yang berkesan, dianggarkan sebanyak 90% kecederaan mata boleh di halang. Oleh kerana ini, American Academy of Opthamology menyokong penggunaan perlindungan mata untuk atelit muda secara mandatori.

Pengurusan pencegahan mestilah diusahakan secara tegas jika ianya berlaku. Jika dilihat masa ini, gaya hidup aktif amatlah dipraktikan oleh hampir keseluruh masyarakat di Malaysia. Yang paling dirisaukan ialah kepada kanak-kanak (walaupun orang dewasa terdedah juga kepada kecederaan ini) kerana sukan di kalangan anak-anak amat kompetetif. Ada yang bermain bola sepak, futsal, tenis, badminton dan Tae Kwan Do di sekolah atau ianya sebagai hobi mengisi masa lapang. Sebagai ibu bapa, sepatutnya meningkatkan tahap keselamatan terhadap mata. Yalah, setiap aktiviti itu seronok sehinggalah seseorang itu “kehilangan mata”. Kita tidak mahu situasi sebegini berlaku.

Kebanyakan lensa dalam arena sukan, “eyeware” atau kaca mata (tidak kira yang ber”power” atau kaca hitam) ianya diperbuat dari material polycarbonate, iaitu material yang hampir tidak boleh pecah. Pengunaan polycarbonate in iboleh dilihat di rumah kita iaitu botol susu bayi dan ianya juga adalah material yang sama digunakan oleh tingkap kapal terbang!

Oleh kerana polycarbonate ini juga adalah bersifat “impact-resistant” atau tahan lasak, ianya amat sesuai untuk digunakan untuk melindungi mata dari “objek bergerak pantas”.

Di Setiawangsa Optometrist, kami selalu mengesyorkan pelanggan kami yang ingin menggunakan frame “rimless” dan yang aktif dalam sukan untuk menggunakan lensa bermaterial polycarbonate. Ini bukan iklan atau ayat membodek sesiapa, tetapi ianya adalah “proven” atau terbukti berkesan dan dalam kategori “tahan lasak”.Lensa daro Essilor mempunyai jenama polycarbonate mereka sendiri, iaitu Airwear. Lensa polycarbonate dari essilor memberikan penghalang ultraviolet (UV) dan “scratch-resistant” atau tahan calar. Ia bukan tidak calar langsung, tetapi ianya agak “tahan lasak” berbanding jenama lain.

Disini saya sertakan satu video (kalau tak boleh tengok, saya edit esok lusa, busy! Hehehe…tak pun klick lagi disini) mengenai perbezaan material acrylic dengan polycarbonate, tetapi ianya adalah dari winsheild motosikal. Part yang paling best ialah pada apabila tester menembak menggunakan pump gun ke arah visor! Visor motosikal juga menggunakan material polycarbonate untuk menghindar penunggang dari tercedera di bahagian muka ketika jatuh. Patutlah satu helmet full face boleh cecah RM4,000.00!!!

Erm..kalau ada sesiapa yang ada hobi menunggang motosikal berkuasa besar macam superbike atau easy rider..kami “reccomend” yang ini ;) dan lensa Airwear dari Essilor.

Datanglah ke Setiawangsa Optometrist untuk kami tunjuk live kaca mata yang kami pakai, kami baling di lantai (lensa jatuh pada bahagian vertikal!) dan kalau ada lebih lensa belum potong, kami akan ketuk juga dengan hammer atau mertun! ;)


Setiawangsa Optometrist @ www.estate123.com

14 Julai 2009
www.estate123.com

www.estate123.com

Assalamualaikum!

Kini Setiawangsa Optometrist berada di laman web hartanah tempatan iaitu www.estate123.com yang bertemakan “neighbourhood” atau kejiranan. Di laman web ini, anda anda boleh memeriksa apakah yang disediakan oleh pemaju seperti:

  • Sekolah berdekatan
  • Premis perniagaan berdekatan
  • Taman permainan untuk anak-anak
  • Pembangunan masa hadapan di kawasan sekitar
  • Masjid terdekat di kawasan rumah

Di sini juga mereka menggunakan peta oleh Google Map yang begitu mudah untuk digunakan. Anda boleh zoom-in dan zoom-out untuk mengenalpasti kawasan yang anda inginkan. Untuk mengenal jalan juga amat bagus untuk mereka yang tidak “familiar” dengan kawasan sekitar tempat yang ingin anda lihat.

Jadi, anda tidak perlu untuk ke destinasi tersebut jika anda sibuk (wah, dah macam promoter blog pula ye?). Disini juga anda boleh memberikan rating juga kepada kejiranan yang anda tinggal sekarang.Klik saja imej di atas untuk terus ke laman web tersebut.

Banyak lagi kawasan lain di negeri-negeri lain seperti Johor, Selangor, Perak dan lain-lain. Kawasan antara yang popular telah sedia ada di sana seperti Bangsar, Mutiara Damansara, Manjalara dan Setiawangsa.

Maka, apa tunggu lagi? Rating lah Setiawangsa sekarang! Oh, rating juga Setiawangsa Optometrist ya ;)

Jumpa lagi…


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.